Selangor Fruit Valley

KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor

Website

03-32720019/20

Selangor Fruit Valley

Selangor Fruits Valley atau SFV adalah sebuah ladang buah-buahan tropika yang berkeluasan 646 hektar. Tanaman yang menjadi pilihan adalah seperti buah belimbing, jambu batu, rambutan, pulasan, betik dan sebagainya. Ladang ini diwujudkan bagi menyahut hasrat Kerajaan Negeri Selangor untuk memodenkan sektor pertanian selaras dengan visi dan misi PKPS. Melalui pembangunan SFV ini, ia akan dapat menjadikan kawasan tersebut lebih berdaya maju serta komersil di samping menjana industri pertanian dan asa tani negeri.

Ladang buah-buahan seluas 181 hektar ditanam dengan pelbagai jenis buah-buah bermusim dan tidak bermusim antaranya ialah :

1. Rambutan
2. Pulasan
3. Durian
4. Nangka
5. Cempedak
6. Nangka Cempedak (Nangcem)
7. Manggis
8. Pisang
9. Ciku
10. Mangga
11. Dukong
12. Durian Belanda
13. Tin
14. Jambu
15 Kelapa Pandan / Matag

Selain daripada itu, Selangor Fruits Valley juga mempunyai haiwan peliharaan ( mini petting zoo) dan mempunyai haiwan seperti:

1. Rusa
2. Arnab
3. Landak Kecil
4. Kambing
5. Ayam

Selangor Fruit Valley juga mempunyai produk pelancongan lain yang mampu menarik minat pengunjung antaranya ialah:

1. Ternakan Madu Kelulut
2. Taman Herba
3. Makmal Tisu Kultur

Pihak Selangor Fruit Valley juga sedang menyiapkan laluan bagi basikal lasak ( mountain bike )

Terdapat aktiviti lain juga boleh dilakukan di SFV. Antaranya ialah:

1. Pakej mesyuarat / seminar
2. Pre Wedding
3. Menoreh getah (untuk pelajar sekolah)

Info:
Waktu Operasi: Selasa – Ahad, 9.00pagi – 4.00petang
Tel: 03-32720019/20
Email: sfv@pkps.gov.my
Alamat: KM 7, Jalan Batang Berjuntai, Batu Arang, Selangor, Malaysia

Bayaran Masuk:
Dewasa – RM8.00
Kanak-Kanak – RM4.00
Warga Emas/OKU – RM4.00

Get Directions View Large Map

Visited 13093 times, 2 Visits today

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.