Pertandingan Mencipta Logo Laman Web “Selangor.Travel” 2019

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO LAMAN SESAWANG TOURISM SELANGOR “SELANGOR.TRAVEL” 2019

LATAR BELAKANG:

Tourism Selangor dalam proses pembinaan laman sesawang rasmi baharu Tourism Selangor di mana akan menjadi sebuah laman portal informasi yang memapar dan mempromosikan lokasi-lokasi pelancongan dalam negeri Selangor. Sebuah logo baharu untuk tujuan penjenamaan diperlukan untuk memastikan laman sesawang menepati dengan citarasa dan konsep semasa dalam industri pelancongan kini.

SYARAT PERTANDINGAN, SPESIFIKASI REKA BENTUK LOGO DAN BORANG PENYERTAAN:

A) Syarat dan Terma Pertandingan:

i. Penyertaan adalah percuma dan terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun keatas.
ii. Peserta hanya boleh menghantar satu (1) penyertaan sahaja.
iii. Semua ciptaan logo mestilah asli dan tidak ditiru/diciplak dari mana-mana logo tempatan mahupun dari luar negara.
iv. Semua logo dan tema yang diterima oleh pihak urusetia pertandingan oleh Tourism Selangor akan menjadi hakmilik Tourism Selangor sepenuhnya dan tidak akan dikembalikan. Tourism Selangor berhak ke atas logo yang terpilih sama ada untuk dipinda atau diubahsuai bagi maksud untuk digunakan atau dipamerkan ataupun dicetak dalam mana-mana acara atau majlis rasmi pihak Tourism Selangor.
v. Pemenang akan menerima hadiah wang tunai beserta sijil penyertaan.
vi. Keputusan adalah MUKTAMAD oleh panel penilaian dan sebarang surat menyurat tidak akan dilayan.

B) Spesifikasi Reka Bentuk Logo:

i. Reka Bentuk mestilah baru dan asli serta tidak mengandungi unsur atau elemen yang boleh dianggap sensitif dan boleh menyinggung mana-mana pihak. Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya terdapat sebarang tuntutan daripada pihak ketiga. Penyertaan akan terbatal sekiranya didapati hasil karya yang dikemukakan tidak asli.
ii. Reka bentuk logo hendaklah dihasilkan dalam bentuk softcopy menggunakan format AI (Adobe Illustration) atau format PSD (Adobe Photoshop) atau JPEG resolusi minimum 2000 x 800 pixel atau menggunakan software terkini yang bersesuaian.
iii. Peserta hendaklah memberi keterangan atau penjelasan (rasional) ke atas reka bentuk logo dan simbol serta warna yang digunakan.
iv. Reka bentuk logo hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) warna.
v. Berkonsepkan tulisan “Selangor.Travel”
vi. Logo WAJIB mempunyai elemen imej produk pelancongan negeri Selangor iaitu kelip-kelip.
vii. Reka bentuk hendaklah menarik, jelas, mudah dan kemas.

PENYERTAAN:

a) Penyertaan bagi pertandingan ini akan dijalankan secara atas talian (online).
b) Peserta dikehendaki untuk mengisi butiran-butiran yang diperlukan seperti yang dinyatakan di dalam laman sesawang.
c) Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk softcopy (AI, PSD, JPEG atau PNG).
d) Penyertaan dibuka mulai 15 Julai 2019 sehingga 30 Julai 2019.
e) Penyertaan selepas 30 Julai 2019 tidak akan dilayan oleh pihak urusetia pertandingan.
f) Segala kos untuk menyertai pertandingan ini adalah atas tanggungan peserta sendiri.
g) Kaedah penyertaan:

KAEDAH PENYERTAAN:

a) Setiap peserta hendaklah mengisi semua butiran yang dikehendaki
b) Maklumat peserta hendaklah dicatatkan dengan jelas di belakang hasil karya masing-masing iaitu:

· Nama Penuh;
· Nombor Kad Pengenalan;
· Alamat Penuh;
· Nombor Telefon; dan
· Penyertaan hendaklah dihantar dalam bentuk soft copy melalui emel (dalam format .ai, .psd dan .jpeg)

*NOTA PENTING: Sekiranya saiz fail yang dihantar melebihi 5MB, sila hantar penyertaan anda melalui kaedah WeTransfer atau kaedah yang bersesuaian (Emel pihak Tourism Selangor tidak dapat menerima emel yang mempunyai lampiran yang bersaiz melebihi 5MB)

c) Setiap penyertaan hendaklah dihantar ke alamat emel berikut:

Emel: info@tourismselangor.my

f) Pastikan tajuk emel ditulis dengan tajuk “Pertandingan Mencipta Logo Selangor.Travel 2019

PEMENANG DAN HADIAH:

Hanya satu (1) pemenang sahaja yang akan dipilih untuk memenangi pertandingan ini. Pemenang hanya layak untuk menerima satu hadiah tunai bernilai Ringgit Malaysia Lima Ratus Sahaja (RM500.00 sahaja) beserta sijil penghargaan.

PERTANYAAN:

Sebarang pertanyaan berhubung dengan pertandingan ini, boleh diajukan soalan kepada Encik Nazri, Pengurus Jabatan Komunikasi Korporat di talian 03 5513 2000

Visited 3399 times, 8 Visits today

Comments are closed, but trackbacks and pingbacks are open.